Friday, April 8, 2016

10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA - Harith Faisal

Nak beli rumah pertama, tapi ilmu belum ada. Mari sini saya kongsikan 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA (Harith Faisal)

1. Rumah Pertama Rumah Pelaburan.

Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.

2. Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman.

Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Mampu beli sekarang dengan gaji RM2,500? Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.

3. Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa.

Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.

4. Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran.

Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.

5. Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan.

Kalau layak rumah harga RM300,000, carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR (Debt Service Ratio). Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank B, C, D, E cakap RM260,000 sahaja.

6. Rumah Pertama Beli Dengan Ejen.

Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos "beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal". Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu. Gunakan kepakaran mereka.

7. Rumah Pertama Sebelum Berkahwin.

Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Dapat cash back, boleh guna untuk majlis kahwin pula. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak!

8. Rumah Pertama Sebelum Kereta.

Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.

9. Rumah Pertama Dengan Modal Minima.

Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak.
Saya kata modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada.

10. Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu.

Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari. Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu. Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit 'melebur' lagi adalah. Haha.

Kita mungkin tak boleh berkongsi harta dengan kawan kita. Tapi kita mesti boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Kerana ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan. Malah dapat pula pahala yang berpanjangan.

SHARE kepada kawan dan kenalan anda jika bermanfaat. - HF

Set Ebook 'Tabung Ilmu Dr Azizul Azli'


Kelebihan Set Ebook:
1. Dr Azizul Azli merupakan salah seorang speaker dan penulis berkaitan Hartanah di Malaysia yang aktif memberikan ceramah mengenai kewangan dan hartanah dalam misi mendidik & mencerdikkan orang ramai.

2. Set Ebook ini adalah satu sistem pembelajaran berterusan dengan tidak memberikan tekanan dan bebanan kewangan kepada orang ramai dalam mencari dan menerima Ilmu.

3. Langganan kali pertama ini sahaja anda yang melanggan akan terus menerima 3 buah Ebook tulisan Dr Azizul Azli sendiri iaitu:


  • Ebook #Tips Rumah Pertama (Terkini)
  • Ebook Wang Ada Di Mana?
  • Ebook Mudahnya Beli Rumah


Harga sebenar ketiga-tiga Ebook ini sahaja bernilai RM105.00.

4. Melalui sekali langganan sahaja, anda boleh mengakses update ebook-ebook terbaru & video digital Dr Azizul Azli yang akan diupdate secara berkala akan datang dengan tips-tips terkini dan ilmu-ilmu baru yang lebih specifik.

Setiap kali produk baru dikemaskini, pelanggan yang sudah melanggan set ini akan menerima notification email dan boleh mengakses bila-bila masa untuk download dengan senang hati tanpa perlu membuat sebarang bayaran tambahan. Berharga untuk wang anda bukan?

5. Gaya penyampaian dan penulisan yang lebih santai dan bersahaja, anda pasti mudah dan seronok membaca. Yang lebih penting adalah mudah untuk difahami.

6. Berapa harga Yuran kebijaksaan untuk Akses ini? Oh sangat mahal , mahal pada isinya bukan pada yurannya.

Fee Akses seumur hidup 'Tabung Ilmu' ini 4 kali ganda lebih murah dari yuran bulanan anak sekolah tadika . Yuran anda Cuma RM88.00 ☑ sahaja untuk mendapatkan akses ilmu berterusan ini.

RM88.00 ☑ anda perlu bayar sekali sahaja, bukan setiap kali akses, bukan setiap hari, bukan setiap bulan, bukan juga setiap tahun.

9. Tunggu sebentar , Sempena pelancaran Awal 'Tabung Ilmu' (E-Book) ini, istimewa untuk 100 PELANGGAN PERTAMA , Yuran Akses anda cuma RM50.00 ☑ sahaja.

Harga Ini ditawarkan untuk 100 pelanggan terawal sahaja [BELI]

Tuesday, December 1, 2015

Review Laknat

Penceritaan yg menarik, baca sinopis pun dah boleh tahu. Antara nya Amar diliwat abang kandungnya sendiri Iqhwan dan sikap Amar yg bermusuh dengan Tuhan.

Di hadapan novel itu sendiri ada tulis untuk pembaca matang. Ya anda perlu matang, idea penulis Fahmi Mustaffa dengan meletakkan ayat-ayat Quran dalam perbincangan antara Amar dan Hakim.

Dan watak-watak lain yg tak tahu bagaimana boleh wujud di jelas bila anda sudah membaca keseluruhannya.


Berbicara tentang Tuhan bukan satu yang mudah. Tapi Fahmi Mustaffa berjaya menerangkan dengan watak Hakim dalam menangkis hujah Amar.


Akhir kata, cari lah rezeki yang halal. Dan jangan senang buat sesuatu yg Allah murka walaupun Taubat boleh dilakukan.



Tuesday, March 31, 2015

Review Hikayat Calaqisya

Bagaimana Oh Saya Gila Shawl (OSGS) menjadi @calaqisya.

Untuk bina satu kejayaan bukan lah mudah, kena ada usaha. Dan kena tahu asas perniagaan; market, capital, target customer etc. 

Pengisian menarik dari Hazwan Faiz : 

  1. Membuat pilihan utk produk sendiri. 
  2. Kekangan modal. (Masalah utama peniaga) 
  3. Business expansion.
Rahsia berjaya dalam perniagaan. Semua bermula dari bawah.

Rahsia aku adalah bangun pagi. Kejayaan aku araskan bila aku bangun pukul berapa pagi tersebut

Saya kaitkan dgn apa yang dikongsikan Hazwan Faiz dengan pembacaan sendiri dalam hadis diriwayatkan oleh Al-Baihaqi :
"Wahai anakku, bangunlah dan haraplah rezeki TuhanMu, dan jangan engkau jadi dari kalangan yang lalai, sesunggunya Allah membahagikan rezeki manusia di atara terbit fajar hingga terbit matahari." Rezeki itu datang di awal pagi.

Dan jangan lupa Dhuha.

Keberkatan, keikhlasan dan kemurahan hati adalah terma-terma yang bersangkut paut dengan rezeki.

Tuhan hanya cipta rezeki dan menjanjikan rezeki di bumi yang terbentang luas untuk hamba-hamba Nya.


Hazwan Faiz (Hikayat Calaqisya, 2015)